- Hit: 1587
SHAH ALAM, 15 Julai 2016 - Penerima, Encik Mohd Zaki Udin dan isteri, Puan Junaidah Mohd Isa bekerja sendiri dengan menguruskan tempahan makanan (katering). Pendapatan beliau sekeluarga bergantung sepenuhnya kepada permintaan.
Beliau menanggung 12 orang anak di mana 7 daripadanya masih belajar di sekolah. Walaupun dikurniakan anak yang ramai, Encik Zaki dan isteri tetap gigih mencari rezeki demi sesuap nasi untuk anak-anak beliau. Salah seorang anak beliau, pernah mengalami masalah kesihatan (saraf tangan kiri terputus) namun kini semakin pulih.
Diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan Encik Zaki dan Puan Junaidah sekeluarga terutamanya di bulan Syawal ini.