PASIR PUTIH (KELANTAN), 4 Julai 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan empat keluarga di kawasan Pasir Putih, Kelantan. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Zailani Mat Isa hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM 700 sebulan  bagi menampung persekolahan 4 anaknya, Nur Zalikha (13 tahun), Nik Muhammad Zulhilmi (11 tahun), Nik Muhammad Zaki (8 tahun) dan Nik Muhammad Akiq Zakwan (6 tahun).  Menetap di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Putih Kelantan, keluarga ini tidak mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana pihak.  Tuan Mewati Tuan Jusoh, suri rumah sepenuh masa bagi menjaga 2 lagi anaknya, Nur Ain Zaqirah (4 tahun) dan Muhammad Al-Fahmi (1 tahun).  Barangan kelengkapan rumah seperti mesin basuh dan peti ais adalah sumbangan jiran-jiran, namun kebanyakannya sudah tidak boleh digunakan lagi.

Mohd Zuraidi Deris bekerja sendiri (kerja kampung) bagi menyara isteri, Zuraida Mat Nawi dan 8 orang anaknya, Muhammad Habibullah (10 tahun), Nurul Hanan (8 tahun), Nurul Syuhadah (7 tahun), Nurul huda (6 tahun), Muhammad Rodiallah (4 tahun), Muhammad Fakrullah (3 tahun) dan Muhammad Zikrullah (11 bulan).

Ibu tunggal, Sarifah bt Setapa tinggal dirumah milik orang tuanya bersama-sama 4 orang anaknya dan menjaga ayahnya yang uzur, Setapa bin Semail (69 tahun).  3 anaknya masih bersekolah, Nor Fatin Adibawi Balqis (11 tahun) mempunyai masalah dalam pembelajaran dan bersekolah di SK Kamil 2 Pendidikan Khas, Aiman haikal (9 tahun) dan Nur Rasyidah (7 tahun). Menyara kehidupan anak-anaknya dengan bekerja kampung.

Mohd Zailani Deraman bekerja sebagai buruh kampung dengan pendapatan yang tidak menentu manakala isteri, Aminah Ismail tidak bekerja kerana menjaga keperluan 8 orang anaknya, Mohamad Arijuddin (21 tahun), Mohammad Amirul Hasan (19 tahun), Nor Maizatul Azmira (17 tahun), Nor Maizatul Azma (15 tahun), Mohamad Amirul Iqbal (12 tahun), Normaizatul Atirah (10 tahun), Mohamad Amirul Hakim (8 thn) dan Mohamad Amirul Firdaus (7 bulan).  Keluarga ini juga menjaga ibu, Esah Daud (76 tahun) yang masih sihat dan juga membantu menguruskan cucu-cucu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;