- Hit: 1466
KLUANG, 3 Jun 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dilaksanakan dengan empat keluarga di kawasan Kluang, Johor. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
Kemalangan pada Disember 2015 telah mngubah kehidupan keluarga Encik Norizam bin Shakri. Akibat rusuk kanan patah dihempap kayu beliau tidak mampu melakukan kerja-kerja berat lagi. Sekadar membantu kawan yang memandu lori dengan upah hanya RM120 seminggu beliau menyara isteri dan 4 orang anak yang masih bersekolah. Sewa rumah RM300 pula dibantu oleh Persatuan Penduduk Taman Megah, Air Hitam Johor. Diharapkan sumbangan SKR yang disampaikan oleh En Hashim Anang dapat membantu memenuhi keperluan keluarga ini sepanjang bulan Ramadhan.
En Abd Rahman bin Yasin, suami dan bapa kepada 10 orang anak yang mana 6 darinya masih bersekolah.Beliau diserang stroke setelah terjatuh ketika sedang membaiki bumbung rumahnya. Bersyukur kepada Allah kerana anak sulong dan kedua telah tamat belajar dan kini bekerja demi menampung kehidupan keluarga mereka. Bersama-sama En Hashim Anang, SKR 2016 ke Kg Bentong Dalam, Kluang bagi menyampaikan sumbangan untuk membeli keperluan berbuka dan bersahur kepada keluarga ini.
SKR 2016, Yayasan Basmi Kemiskinan ke Kg Bentong Dalam bertemu keluarga En Abdul Hamid bin Yusof, yang tinggal menyewa bersama isteri dan 3 orang anak. Hanya bekerja mengambil upah menjaga kebun orang. Isteri pula mengambil upah mengemas di rumah orang dengan gaji RM30 sehari. Anak bongsu En Hamid menghidap masalah jangkitan pada paru-paru yang mnjadi punca asthma dan masalah pada penglihatan yang memerlukan rawatan di hospital pakar. Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh En Hashim Anang (Pegawai Khas Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf).
Benarlah kata orang "Berbudi kepada tanah besar hasilnya". Dengan hasil berkebun menanam ubi dan pisang di atas tanah yang disewa, En Abdul Jalal b Turiman dan isteri membesarkan 4 orang anak yang mana anak sulong kini belajar di UUM kampus Nilai dan anak kedua di YPJ, Kulai Jaya. Kedua anak kembarnya pula bersekolah di SMK Taman Sri Kulai, Johor. Atas desakan hidup beliau yang sebelum ini bekerja di sebuah kilang di Perak telah berpindah dan menyewa pula di Kg Bentong Dalam pada tahun 2008 dan sehingga kini bertani di kawasan tanah terbiar di hadapan rumahnya. Penyerahan sumbangan SKR 2016, disampaikan oleh En Hashim Anang. Semoga sumbangan ini dapat membantu memenuhi keperluan berbuka dan bersahur keluarga ini.