BATU PAHAT, 25 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan enam keluarga di kawasan Batu Pahat, Johor. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Tinggal menyewa di Taman Bahagia Baru, Batu Pahat sejak 10 tahun lalu dan bekerja di sebuah kedai runcit dengan gaji RM1000, Pn Riza bt Sahat menyara 4 orang anak yang masih bersekolah. Anak kedua telah hilang sebelah penglihatan 7 tahun yang lalu kerana gagal mendapat rawatan yang sempurna.

 

 

Pn Edawati bt Awang seorang ibu tunggal yang tidak mampu bekerja kerana masalah tulang belakang yang agak serius. Telah kematian suami 6 tahun lepas akibat paru-paru berair beliau meneruskan hidup dengan bantuan sara hidup dari Majlis Agama Islam Johor sebanyak RM300 dan JKM sebanyak RM400 demi menyara 4 orang anak yang bersekolah. Rumah yang disewa di Pt Hj Nor, Batu Pahat pula dibantu oleh ADUN kawasan.

 

 

Tinggal di rumah bapa yang dibina di atas tanah rezab kerajaan En Zulkarnain bin Mohd Resad menjaga bapa yang uzur dan menyara isteri serta 6 anak. Hanya bekerja sebagai mekanik mesin jahit di kilang berdekatan manakala isteri membantu membuat kuih di rumah jiran. Mereka bersyukur kerana keperluan perubatan bapa ditanggung oleh Baitulmal.

 

 

En Mohd Hatta b Katiman mengambil upah meracun dan mengutip buah sawit di kebun orang demi menyara isteri, dua anak sindrom down dan bapa mertua yang lumpuh. Menumpang di rumah bapa mertua di Kg Bintang, Bt Pahat keluarga ini masih menggunakan dapur kayu untuk memasak.

 

 

En Khamis bin Bakri tak mampu untuk menyara keluarga lantaran masalah psikiatri sejak 10 tahun yang lalu. Dengan bantuan JKM sebanyak RM450 dan anak sulong yang bekerja di pasaraya berdekatan keluarga ini meneruskan kehidupan dengan 4 dari anaknya masih bersekolah. Tabah dengan ujian dariNya isteri, Pn Siti Sarimah sentiasa bersyukur kerana sentiasa mendapat sumbangan beras dari penduduk setempat(Kg Tambak MK 3, Peserai Bt Pahat.)

 

 

Baru saja kehilangan ibu mertua yang dijaga selama ini, En Nordin bin Ahmad yang bekerja mengambil upah mengecat kini meneruskan kehidupan bersama isteri dan 6 orang anaknya di Kg Benteng Kanan, Batu Pahat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;