- Hit: 1439
PASIR GUDANG (JOHOR), 27 Mei 2016 - Penerima SKR, Pn Wan Fadilah bt Ismail tinggal di kawasan setinggan dengan sewa RM300 sebulan meneruskan hidup bersama 6 orang anaknya setelah kematian suami akibat kemalangan setahun yang lalu. Anak kedua menghidap 'celebral palsy' kronik memerlukan belanja yg tinggi untuk penjagaannya. Ibu tunggal ini terus aktif membuat kuih muih bagi menyara kehidupan. Mengharap ada yang sudi menyumbang 'mixer' bg menyiapkan tempahan kerepek pagoda yang meningkat di musim perayaan.