GOMBAK, 30 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan melibatkan dua keluarga di sekitar Kg Sg Pusu, Gombak. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Pn Rohaya Bt Hj Bakhtiar ibu tunggal kpd 5 orang anak, 4 darinya masih bersekolah. Mengambil upah menjaga anak anak jiran dengan anggaran RM500 sebulan bagi menyara mereka sekeluarga sememangnya tidak mencukupi. Yayasan Basmi Kemiskinan melalui program Sinar Kasih Ramadhan YBK 2016 menghulurkan sumbangan untuk belanja sahur dan berbuka keluarga ini. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib menyampaikan sumbangan tersebut.

YBK menziarahi keluarga En Mustaffa Saad yg baru shj berpindah ke ruang kecil ini setelah tidak mampu menyewa rumah tempat lama. Rumah yang tidak berbilik ini pun disewa dengan RM350 sebulan. Mengalami strok beberapa tahun yg lalu menyebabkan beliau tidak dapat bekerja untuk menyara 7 orang anak. Hanya mengharapkan bantuan PZS sebanyak RM600 sebulan dan sedikit wang pencen. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK 2016 kepada beliau. Ucapan terima kasih beliau kepada insan yang sudi membantu.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;