PUCHONG, 30 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dilaksanakan melibatkan lima keluarga di kawasan Puchong Permai dan Puchong Perdana. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Puchong Permai - YBK menziarahi Pn Sharifah Salahudin, ibu tunggal 3 orang anak yg semuanya masih bersekolah. Baharu sahaja memperolehi pekerjaan dgn upah RM900 sebulan, namun tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian mereka sekeluarga. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK menyampaikan sedikit nasihat agama dan menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK 2016 kepada beliau.

Kg Sri Aman, Puchong - Pn Zarinah Bt Saleh yang kematian suami kini lumpoh separuh badan sejak 3 tahun yang lalu.Tinggal dirumah peninggalan suami dengan elaun SOCSO sebanyak RM500 sebulan tidak mencukupi untuk menanggung 2 dari anak yang masih bersekolah. Yayasan Basmi Kemiskinan diwakili Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib menziarahi dan menyampaikan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan YBK 2016 kepada Pn Zarinah dengan linangan air mata kesyukuran kerana masih ada insan yang sudi membantu mereka.

Puchong Permai - Menyusuri pangsapuri ini kami Yayasan Basmi Kemiskinan menjeguk pula keluarga Pn Halimatun Bt Hashim mempunyai 2 orang anak tinggal menumpang dirumah emak beliau setelah suaminya meninggal dunia.Tidak mempunyai pekerjaan kerana mengalami gangguan penglihatan, hanya bergantung pd elaun SOCSO suami RM600 sebulan. Kedua dua anak beliau masih bersekolah. Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib kepada anak sulong beliau Cik Hamiza Bt Mohd Faiza pelajar Ting 4 SMK Puchong Perdana.

Puchong Perdana - YBK melawat pula ibu tunggal Pn Saripah Bt Shahran yang kematian suami 2 tahun lalu. Bekerja sebagai pembantu kedai dan kadang kadang tidak bekerja kerana menjaga seorang dari anaknya yang 3 mengalami penyakit sawan dan bersekolah di sek pendidikan khas. Bantuan PZS untuk sewa rumah mengurangkan sedikit beban yang beliau tangggung namun keperluan harian perlu dicari juga. Ketiga2 anak masih bersekolah. Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib.

Puchong Perdana - YBK diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutallib menziarahi keluarga En Azhar Mat Noh. En Azhar berniaga dipasar malam dgn pendapatan yang tidak menentu untuk menyara anak anak yang 4 orang dari 8 anaknya masih bersekolah. Sumbangan disampaikan oleh Ustaz bersama Pengetua SMK Puchong Perdana Cikgu Mohd Fauzi Zailan.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;