- Hit: 1595
RASA / BATANG KALI, 28 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan melibatkan enam keluarga. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
Seorang ibu tunggal tidak mempunyai pendapatan tetap, beliau Pn Puteri Suriawati Abu Mansur menyara 6 orang anak yang masih bersekolah. 2 daripada anak beliau belajar di IPTA. Sewa rumah berjumlah RM450 dibantu oleh Zakat (RM400) dan lebihan RM50 di bayar sendiri. Walau bagaimanapun kesulitan hidup, beliau menitikberatkan hal persekolahan anak-anaknya dan berharap agar kesusahan ini tidak akan dirasai oleh anaknya di masa depan. Sumbangan disampaikan oleh Sukarelawan YBK Pn Noorsam Mahmud
Sumbangan SKR 2016 kepada keluarga En Rahim Ali dari Bukit Sentosa. Bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan tidak menentu terpulang kepada keadaan masa dan kesihatan beliau. Dengan sewa teksi yang terpaksa dibayar RM52 sehari dan bayaran rumah tempat berlindung RM530 sebulan lebihan pendapatansebagai pemandu teksi itu sahajalah beliau menyara 5 orang anak dimana 4 org masih bersekolah. Isteri Noorasmawati Abu Othman juga terpaksa membuat rawatan dialisis di Rawang 3 kali seminggu. Sumbangan disampaikan oleh Datin Jaifah Ahmad dan sukarelawan-sukarelawan YBK.
Penderitaan ditinggalkan suami bersama 10 orang anak tidak melemahkan semangat juang Pn Suhaiza Mohd Salleh meneruskan kehidupan. Tidak mempunyai pendapatan namun dengan bantuan 2 orang anak yang bekerja bagi membantu menyara 5 orang adik-adik yang masih bersekolah. Rumah yang diduduki adalah rumah sewa dengan bayaran RM400 sebulan. Sumbangan SKR 2016 disampaikan oleh Datin Jaifah Ahmad dan sukarelawan-sukarelawan YBK.
Tinggal di kawasan bandar dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap (kerja sendiri), En Mohd Jefri Mat Tu dari Bandar Utama Batang Kali menyara 7 orang anak dimana 5 org masih bersekolah. Seorang belajar di UUM dan seorang di UiTM. Rumah yang kecil dan sempit inilah beliau tinggal bersama isteri Pn Salbiah Abd Kadir, seorang suri rumah sepenuh masa dan anak-anaknya. Namun dia tidak pernah mengeluh dan bekerja keras untuk menyara keperluan anak-anak terutama bagi menampung perbelanjaan 2 orang anaknya yang sedang belajar di IPTA. di Sumbangan disampaikan oleh Datin Jaifah Ahmad dan sukarelawan-sukarelawan YBK.
Sumbangan SKR 2016 kepada keluarga Azli Bidin dari Tmn Seri Cahaya Batang Kali. Bekerja sbg pembantu awam dan menyara 5 orang anak dimana 4 org masih bersekolah. Isteri Afarizan Mohd Hassan seorang suri rumah sepenuh masa tinggal di rumah sewa. Sumbangan disampaikan oleh Datin Jaifah Ahmad dan sukarelawan-sukarelawan YBK.
Sumbangan SKR 2016 kepada keluarga Mohd Hilmi Hj Othman dari Kg Sentosa Batang Kali. Bekerja sbg pengawal keselamatan menyara 4 orang anak yg masih bersekolah dan seorang ibu yg telah uzur. Tinggal di rumah ibu mertua bersama isteri Rosnaliza Johari seorang suri rumah sepenuh masa. Sumbangan disampaikan oleh Datin Jaifah Ahmad dan sukarelawan-sukarelawan YBK.