KALUMPANG, 25 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dilaksanakan melibatkan empat keluarga di kawasan Kalumpang. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Pn Zakiyah Sahalan merupakan seorang ibu tunggal yang menetap di Kg Sg Merapoh Hulu Bernam, Selangor. Menyara 7 orang anak yang masih bersekolah dan mempunyai anak kembar yang berumur 13 tahun iaitu Muhammad Anas dan Muhammad Zahid b. Ahmad Termizi. Lima anak yang lainnya berumur antara 11 hingga 21 tahun iaitu Ahmad Yuhyi Imran 11 tahun, Ahmad Irham Samuel 16 tahun, Muhammad Ilyas ,17 tahun, Ahmad Fathi Daniel 19 tahun dan Muderikatul Aliyah 21 tahun yang merupakan pelajar Universiti. Pn Zakiyah adalah bekas guru KAFA dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap Sumbangan yang diterima dari En Zulkifli Amir Noordin dan Pn Asiah Abu Bakar ini disampaikan melalui Guru SMK Kalumpang, Cikgu Ahamed Zaki Yahut. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017 572-8136.

En. Muhammad Aris Ali menetap di Taman Tempua Bestari, Kalumpang dengan menyewa rumah RM250 sebulan. Menjaga 3 orang cucu setelah kematian ayah mereka, Muhammad Haiqal Aiman, 13 tahun, Muhamad Daiyroz Danyyel, 12 tahun dan Muhammad Aqmal Haiqal, 7 tahun. Beliau merupakan pesara Hospital dan menerima pencen RM620 sebulan. Sumbangan yang diterima dari En Zulkifli Amir Noordin dan Pn Asiah Abu Bakar ini disampaikan melalui Guru SMK Kalumpang, Cikgu Ahamed Zaki Yahut. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 012-934 2362.

Puan Noor Shafeka menetap di Kg Pasir Puteh, Kalumpang dan tinggal menumpang di rumah pakcik suaminya. Setelah kematian ayah mereka empat tahun yang lalu, Pn Noor Shafika dan suami menggalas tugas sebagai anak sulung untuk menjaga adik-adiknya.  Suaminya yang bekerja sebagai penoreh getah memperoleh hasil pendapatan sekurang-kurangnya RM800 sebulan. Tiga orang adiknya yang masih bersekolah ialah Muhammad Amirul Harris 16 tahun, Nur Fatin Nabila 14 tahun dan Muhammad Zikry Asuad 10 tahun. Sumbangan yang diterima dari En Zulkifli Amir Noordin dan Pn Asiah Abu Bakar ini disampaikan melalui Guru SMK Kalumpang, Cikgu Ahamed Zaki Yahut. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-570 1815.

Pn Norazizah Abd Wahab merupakan seorang ibu tunggal yang kematian suami menetap di Rumah Murah Kalumpang, Kuala Kubu Bharu. Bekerja sebagai pembantu kantin di maktab polis bagi menampung kehidupan dengan anggaran pendapatan RM900 sebulan. Menyara ibu dan tiga orang anak yang masih bersekolah iaitu  Siti Nadiah bt Norhisham 16 tahun, Siti Nur Atiqah  19 tahun dan Siti Nurul Ain 12 tahun. Dua lagi anaknya Muhammad Nur Fitri yang berumur 21 tahun dan Siti Najihah, 18 tahun telah bekerja bagi meringankan beban kehidupan mereka sekeluarga. Sumbangan yang diterima dari En Zulkifli Amir Noordin dan Pn Asiah Abu Bakar ini disampaikan melalui Guru SMK Kalumpang, Cikgu Ahamed Zaki Yahut. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-521 5290.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;