- Hit: 1603
CHERAS, 15 Jun 2016 - Penerima SKR, Irna Syafiena bt Abdul Rahman, ibu tunggal yang baru sebulan ditawarkan bekerja sebagai penyambut tetamu hotel di Sri Petaling dengan pendapatan mengikut jam, RM 4/sejam. Syafiena bersama 6 orang anaknya, Norhanani Insyira (9 tahun), Norhadina Insyira (7 thn), Norharmuni Insyira (6 thn), Muhammad Haikal Irsyad (5 tahun), Norhalisya Insyira (4 tahun) dan Muhammad Naqarsh Irsyad (3 tahun) tinggal di Flat Sri Kota, Cheras. Mendapat bantuan dari Baitulmal sebanyak RM 500/sebulan. Menggalas tanggungjawab hidup bersama 6 anak yang masih kecil menjadi cabaran besar bagi Syafiena kerana kerja yang mengikut syif memaksa beliau meninggalkan anak-anak kecil berdikari sementara beliau keluar bekerja. Keluarga ini boleh dihubungi, Syafiena (018-2602411). Sumbangan disampaikan oleh Cik Rosmaiza Mohammad, Pegawai YBK.