KOTA DAMANSARA, 15 Jun 2016 - Penerima SKR, seorang ibu tunggal, Rozalinawati bt Rosli menyara kehidupan beliau dan 6 orang anaknya, Mohd Najib (10 tahun), Rabiatul Zainiah (8 tahun), Rabiatul Damia (7 tahun), Mohd Naqib (5 tahun), Mohd Nazib (3 tahun) dan Mohd Najid Azhad (10 bulan) dengan menjual karipap sejuk beku setelah ditinggalkan suami tanpa sebarang harta (tunai atau aset). Pendapatannya mengikut permintaan semasa dan beliau hanya membuat secara kecil-kecilan dan hanya bergerak dari rumah kerana mempunyai anak yang masih kecil dan menyusu. Mendapat bantuan dari JKM berbentuk tunai dan barangan keperluan harian dan LZS bagi sewa rumah yang didiami. Keluarga ini boleh dihubungi, Rozalinawati (018-2538404). Sumbangan disampaikan oleh Cik Rosmaiza Mohammad, Pegawai YBK.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;