SHAH ALAM, 2 Jun 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dilaksanakan melibatkan sepuluh (10) keluarga di kawasan Seksyen 16, Shah Alam. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Ismail Osman sekeluarga menumpang di atas tanah milik seorang India.  Mempunyai 7 orang anak yang 4 orang darinya masih bersekolah. Mengidap penyakit jantung manakala isteri mengidap penyakit buah pinggang dan memerlukan rawatan setiap bulan. Ismail hanya membuat kerja-kerja kampung (elektrik) dengan pendapatan yang tidak menentu. Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Hajah Meriam Husin, Pengetua AMK Seksyen 16 Shah Alam diiringi oleh Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013 624 4782).

Nordin Johari menyara kehidupan keluarga dengan membantu membuat kerja kampung. Mempunyai 6 orang anak yang masih bersekolah, beliau sekeluarga menerima bantuan barangan seperti barangan keperluan asas dari Lembaga Zakat Selangor setiap bulan. Isterinya, Misliah Lawir adalah suri rumah sepenuh masa bagi menyeduiakan keperluan anak-anak lebih terjaga.  Bantuan dari JKM diterima setahun sekali bagi bantuan persekolahan untuk anak-anaknya. Keluarga boleh dihubungi, Nordin (012-3464373). Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013 624 4782).

Menyewa rumah dengan RM 150/sebulan dengan ibu sendiri rumah ini dihuni oleh 6 sekeluarga. Puan Marina Mukhtar dan pasangan mempunyai 4 orang anak. Suami, Muhd Sani Bajuri yang dulunya bekerja kini terlantar sakit dan tanggungjawab mencari nafkah telah digalas oleh Marina dengan membuat laksa dengan pendapatan seharian sebanyak RM 45/sehari. Pendapatan beliau bergantung kepada permintaan pelanggan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian, Marina (019-2246010). Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013 624 4782).

Puan Nurhidah bt Asri, ibu tunggal ini menyara kehidupan anak-anaknya dengan membuat karipap dan sardine roll. Tetapi pendapatan tidak menentu dan tidak mempunyai modal untuk meniaga. Rumah sewa yang didiami adalah sumbangan Lembaga Zakat Selangor. Mempunyai 6 orang anak dan 4 darinya masih bersekolah. Mohd Farid Sulaiman, anak sulungnya adalah alumni AKYBK yang kini telah bekerja bagi sama-sama membantu meringankan beban ibunya. Keluarga bolehlah dihubungi, Norhidah (019 357 7034). Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam(013 624 4782).

Atan bin Wahab dan isteri mempunyai 6 orang anak  yang masih belajar, 2 orang di kolej dan 4 masih bersekolah. Menumpang di atas rumah dan tanah milik ibu mertua sejak 18 tahun lalu. Bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menjaga keadaan ditempat kerja, walaupun sedar yang beliau mempunyai masalah kesihatan yang tidak menentu. Beliau pernah mengalami kecederaan kaki patah dan menderita penyakit gout. Keluarga ini boleh dihubungi, Atan (017-3039660) Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam(013-6244782).

Nik Aminah Abu Jamal membantu suaminya, Che Mansor bin Che Ahmad berniaga sup belut di warung kecil milik mereka di hujung kampung. Menjaga 7 orang anak saudara (ayah menghilangkan diri dan ibu mempunyai sakit mental), Tg Nurfarahanis (17 tahun), Tg Ahmad Faris (15 tahun), Tg NurFarisha Ilyan (13 tahun), Tg Ahmad Firdaus (12 tahun), Nur Jannatul Najihan (10 tahun) dan Haziq Haikal (8 tahun), disamping 4 orang anaknya yang masih kecil, Nik Amirul Mustaqim (8 tahun), Nik Amirul Hakimi (6 tahun), Nik Aiman Hakimi (10 tahun) dan Nir Amir Hairi (7 tahun). Mendapat bantuan barangan keperluan asas dari LZS. Mereka juga membantu pasangan ini di warung sehingga lewat malam. Keluarga bolehlah dihubungi ditalian, Nik Aminah (017 924 7031). Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013 624 4782).

Rumah yang didiami seramai 14 orang penghuni ini merungkai kisah tabah seorang isteri, Puan Norhafizan bt Safian Suri, tabah menjaga suami yang diserang strok sejak Januari yang lalu. Dulunya suami adalh pengurus Courts Mammoth namun kini terlantar dan isteri tidak bekerja kerana mempunyai  anak yang masih kecil. 5 anaknya masih bersekolah ditanggung oleh adik pasangan ini yang juga memberi mereka tempat berteduh dirumah bersama-sama keluarganya. Mereka juga menjaga ibu yang berusia 62 tahun yang tidak sihat. Keluarga ini boleh dihubungi, Nor Hafizan (018-3753094). Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013 624 4782).

Muhammad bin Ibrahim hanya bekerja sendiri bagi menyara kehidupan isteri, Norazura Mat Yusof dan 4 orang anaknya yang masih bersekolah dan seorang yang baru berusia 7 bulan. Bersyukur dengan sumbangan yang diterima kerana tidak pernah menrima sumbangan dari mana-mana pihak. Kadangkala menangkap ikan bagi memenuhi keperluan makan mereka sekeluarga. Keluarga ini boleh dihubungi, Norazura (014-3625419) Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013-6244782).

Omar bin Ahmad bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Isteri, Syakinah Raja adalah suri rumah sepenuh masa bagi menjaga keperluan 6 anaknya dan menjaga ayah yang strok (lumpuh seluruh badan) dan ibu yang kurang daya pendengaran dan sakit tua. Sekitar halaman rumah dan dalam rumah dipenuhi dengan sangkar  burung kerana hobi Omar membela burung. Keluarga ini boleh dihubungi, Omar (013-2449219). Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013 624 4782).

Azizah Ashaari, ibu tunggal yang menyara 6 orang dari 14 orang anaknya. Tinggal di rumah sendiri, hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya. Semua anaknya masih bersekolah, Joefitrie (22 tahun) yang kini belajar di UiTM, Mohd Lutfie (19 tahun), Fatimah Az-Zahra (17 tahun), Mohd Azizir (15 tahun), Ummi Aida Salbia (14 tahun), Mohd Rohimin (12 tahun) dan Mohd Nabil (11 tahun).  Azizah mengambil upah menjaga anak jiran sebagai sumber pendapatan keluarga. Alhamdulilah beliau masih diberikan kesihatan yang kuat bagi memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keperluan 7 beranak ini. Keluarga ini boleh dihubungi, Azizah (011 1429 5273). Sumbangan telah disampaikan oleh YBHg Datin Hajah Hartini Osman, Pengerusi Program Sinar Kasih Ramadhan 2016 bersama-sama Pertubuhan Hawa Pertiwi Daerah Petaling Jaya yang diketuai oleh Puan Radziah Haji Ahmad dan juga Puan Radziah Mohd Sidek, Guru SMK Seksyen 16 Shah Alam (013 624 4782).

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;