- Hit: 1500
CHERAS, 11 Mei 2016 - Norziaton Sudin seorang ibu tunggal yang mendiami Flat Seri Sabah Cheras bersama 7 orang anak. Hasil daripada berniaga buah potong dan kuih muih secara kecil-kecilan di bawah blok yang didiami mereka inilah menjadi punca pendapatan bagi menyara 6 orang anak yang masih bersekolah iaitu Mohd Faiz (21 βUiTM), Nur Farisha (18 tahun), Nur Fariza (14 tahun), Nur Farinha (11 tahun), Wan Mohd Zafuan (5 tahun) dan Wan Mohd Zaquan (5 tahun). Nasib mereka juga mendapat perhatian pihak Baitulmal dengan membantu membayar sewa rumah mereka. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 011-2328 2869 (Norziaton).