SG. RANGGAM (PERAK), 23 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) dilaksanakan kepada 5 keluarga di kawasan Sungai Ranggam, Perak. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Pn Hasnah Ismail menetap di Kg Sg Dedap Jalan Sg Ranggam, Teluk Intan, Perak.  Beliau bekerja sementara di kantin sekolah agama  dengan pendapatan RM80 sehari.  Suaminya  bekerja sebagai tukang kayu dengan anggaran pendapatan RM750 sebulan bagi menampung 3 orang anak yang masih bersekolah iaitu Nor Daisah, 16 tahun, Siti Hawa, 15 tahun dan Nur Faten Fatiha, 12 tahun. Sumbangan dari Institut Perkembangan Minda (INMIND) ini  disampaikan melalui Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Sg Ranggam, Ustazah Rahmah Othman.  Keluarga ini boleh dihubungi melalui talian 011-4021 8714.

Pn Mas Anum merupakan ibu tunggal yang tinggal menumpang di rumah ibunya di Mukim Teluk Bharu, Teluk Intan, Perak. Menyara kehidupan dengan mengambil upah menjahit dari jiran-jiran yang berdekatan dengan anggaran pendapatan RM400 sebulan. Mempunyai 4 orang anak dimana 3 lagi masih bersekolah. Pusat Zakat menyediakan bantuan pendidikan untuk 3 orang anak yang masih bersekolah  iaitu Amirul Hakim 14 tahun, Siti Nur Atiqah 10 tahun dan Amirul Afiq 7 tahun.  Keluarga ini boleh dihubungi di talian 013-433 9954 (Mas Anum).

Pn Musiah Ismail merupakan ibu tunggal dan tinggal menetap di Kg Sejagop, Teluk Intan, Perak. Bekerja di kilang roti selepas kematian suami 2 tahun yang lepas. Beliau menyara 3 orang anak yang masih bersekolah iaitu Noor Natasha Amira 16 tahun, Mohd Faizzal 14 tahun dan Mohd Khairul Nizam 12 tahun. Menerima pendapatan RM700 sebulan dan mendapat sumbangan Baitul Mal sebanyak RM175 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-473 9784.

Sejak kematian ibu dan ayah sejak 2 tahun yang lepas, adik Nur Hidayah bersama adik beradik yang lain menumpang kasih bapa dan ibu saudaranya yang tinggal di Kg PPRT Sejagop, Kota Setia, Teluk Intan, Perak. Rumah asal arwah ibu dan bapanya bersebelahan dengan rumah mereka. Mempunyai 3 orang adik beradik yang masih bersekolah termasuk abangnya Shahnazali yang berumur 17 tahun dan adiknya Shahrul Rizal, 12 tahun. Bapa saudaranya yang bekerja kampung dengan anggaran pendapatan RM900 sebulan dan mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi persekolahan mereka.  Sumbangan ini di sampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Sg Ranggam, Ustazah Rahmah Othman. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 017-535 3036.

En. Syamsul Ariffin menetap di Kg Baru Matang Guntung, Sungai Durian, Teluk Intan, Perak. Bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di Stesen Minyak BHP. Tinggal bersama isteri dan 5 orang anak yang masih bersekolah iaitu Siti Nurhidayah, 16 tahun, Mohd Aerof Sufi 15 tahun, Umi Farhana, 12 tahun, Nur Fatimah 12 tahun, Nurul Huda 10 tahun. Anggaran pendapatan RM900 sebulan. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 014-349 0129.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;