SG SIPUT (PERAK), 24 Mei 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan 5 keluarga di kawasan Sungai Siput, Perak. Keluarga yang menerima adalah;

Aruman Amsiah, 55 tahun, beralamat di Kampung Kelimat Sungai Siput Perak. Beliau menyara empat orang anak, Mohamad Aziz Haikal (15 tahun), Nurul Atul Syamira (13 tahun), Mohammad Zulhuzairi (10 tahun) dan Mohamad Zulhuzaimi (5 tahun) hanya melalui kerja-kerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu iaitu RM750 sebulan manakala isteri beliau tidak bekerja. Sumbangan SKR 2016 yang diterima

CHE ROSMAWATI MIOR UDA dan keluarganya  dan telah disampaikan oleh Guru SMA Maahad Nurul Fadzliah, Pn Hajah Lailiyah. Keluarga ini boleh dihubungi di talian 019-594 2694.

Adik Azri baru berusia 15 tahun terpaksa berhadapan dengan kemelut keluarga apabila ibu dan ayah berpisah lebih kurang 5 tahun yang lalu. Dalam usia remaja beliau terpaksa tinggal bersama nenek Jamilah Ibrahim, 54 tahun, yang hanya menjalankan perniagaan menjual burger di kawasan rumahnya dengan anggaran pendapatan RM500 sebulan melalui pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia. Ayah Azri, Adam Baharuddin bekerja sebagai pemandu lori yang kadangkala tidak keluar bekerja menyara 3 lagi anaknya iaitu Aiman (12 tahun), Ariel Danis (7 tahun) dan Nur Adliena Zulaikha (5 bulan). Sumbangan SKR 2016 yang diterima dari CHE ARMA CHE ADD dan telah disampaikan oleh Guru SMA Maahad Nurul Fadzliah, Pn Hajah Lailiyah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 016-426 8385 (Jamilah).

Shaimah Bibi Karam Din, 54 tahun, seorang ibu tunggal menetap di rumah yang disediakan oleh majikannya bersama anak-anaknya di Kg Tenim Sg Siput. Sejak kematian suami tercinta beliau mengambil upah menjaga lembu dengan bantuan anak-anaknya, Mohd Shahrizal (28 tahun), Mohd Hairi (22 tahun) Mohd Saiful Nizam (19 tahun) dan Halimatun Saadiah (15 tahun) dengan anggaran pendapatan RM600 sebulan. Manakala anak keduanya Mohd Shahrul Anuar seorang OKU. Menuju ke penempatan beliau memang sukar disebabkan prasarana jalan yang tidak begitu baik. Sumbangan SKR 2016 yang diterima dari CHE SURI JUSOH  dan disampaikan oleh Guru SMA Maahad Nurul Fadzliah, Pn Hajah Lailiyah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-557 6403 (Shaimah).

Aminah Thamilcelvi Abdullah  bekerja sebagai pekerja am di Kolej Komuniti  bagi meringankan beban suami, Ghazali Wahab untuk menampung perbelanjaan keluarga dan perbelanjaan 4 orang anak yang masih bersekolah dengan anggaran pendapatan RM900 sebulan. Melalui hasil kerja-kerja kampung dan beliau sendiri anak-anak mereka Khairul Azwan (IPTA), Muhammad Ikmal (15 tahun), Muhammad Mustaqim (14 tahun), dan Nur Umairah Syamina (8 tahun) dapat meneruskan pelajaran mereka di sekolah. Mereka sekeluarga menumpang teduh dirumah peninggalan ibu suami di Kampung Simpang Temin, Sungai Siput. Sumbangan SKR 2016 yang diterima dari DATIN CHE NARIZA HAJJAR HASHIM  dan  telah disampaikan oleh Guru SMA Maahad Nurul Fadzliah, Pn Hajah Lailiyah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 019-597 5387 (Aminah).

Beralamat di Kampung Kelimat Sungai Siput, Badron Hisham Abdul Rashid tinggal bersama isteri Fatimah Abdullah dan 5 orang anak. Empat orang anak beliau masih belajar, Mohammad Asyraf (Politeknik Balik Pulau), Muhammad Azrul (16 tahun), Nor Asreeza (14 tahun) dan Nur Akmar (11 tahun) manakala Nur Aqila (1 bulan). Beliau menyara keluarganya dengan pendapatan RM700 sebulan hasil kerja kampung yang dilakukannya. Sumbangan SKR 2016 yang diterima DATIN CHE NARIZA HAJJAR HASHIM  dan telah disampaikan oleh Guru SMA Maahad Nurul Fadzliah, Pn Hajah Lailiyah. Keluarga ini boleh dihubungi ditalian 013-529 6752.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;