- Hit: 1573
KUALA LUMPUR, 16 April -- Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menjemput orang ramai untuk memberi sumbangan dan mengagihkan makanan kepada golongan gelendangan setiap hari Sabtu di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur.
Program Santuni Gelendangan ini mula dilaksanakan tahun lepas setiap bulan. Namun YBK mengambil pendekatan untuk meneruskan program ini pada tahun ini dengan mengadakannya setiap minggu sebagai salah satu usaha mendekatkan diri dengan masyarakat yang kurang mampu.
Bagi sabtu ini, ia merupakan program makanan buat rakan jalanan pertama selepas hari Raya Aidilfitri. Jam 11.45 pagi rakan-rakan jalanan ini mula berbaris dan menunggu di sekitar kawasan Masjid Jamek. pada hari ini seramai lebih kurang 200 orang yang hadir menerima pek makanan.
Program ini juga memberi peluang kepada semua pihak yang ada menyimpan hajat dan menunaikan nazar dan bersedekah untuk sama-sama menyumbang dan menderma untuk program ini. Kepada yang berminat untuk berbuat demikian bolehlah menghubungi Asuad Ismail di talian 03-7845 0036 atau 012-617 4051.