KELANA JAYA, 2 Ogos 2016 - YBK telah mengadakan majlis doa selamat sempena sempurnanya perpindahan semula ke pejabat Kelana Jaya (Rumah YBK). Seramai 15 orang pelajar tahfiz telah dijemput untuk mengalunkan bacaan Al-Quran 30 juzuk. Majlis hari ini juga turut merangkap jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat ibu pejabat YBK. Turut hadir, Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Sakom; Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Dato' Bing Selamat Amir, Tuan Hj. Hamzah Jali, Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib, dan Prof. Dato' Dr. Sulaiman Md Yassin, beserta kakitangan ASKA Serendah dan Gesir, AKYBK, PLYBK dan anak syarikat.

Majlis bermula pada jam 10 pagi dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran 30 juzuk lengkap oleh pelajar tahfiz. Seterusnya doa selamat dibaca dengan dipimpin oleh YBhg. Ustaz Mohd Faisal Tan Mutalib. Selesai doa selamat, hadirin telah dijemput untuk menikmati jamuan Hari Raya. Pelbagai juadah tersedia untuk dinikmati oleh para tetamu dan majlis selesai pada jam 2 petang.

Diharapkan dengan sempurnanya doa selamat ini, Rumah YBK akan sentiasa dilindungi Allah S.W.T. dan seterusnya menjadi institusi yang terus menyemarakkan inisiatif pembasmian kemiskinan di Malaysia.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;