- Hit: 1727
PULAU PINANG, 22 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan telah berkunjung ke kediaman lima (5) keluarga di Pulau Pinang bagi penyerahan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) bersama wakil dari Yayasan Ehsan. Keluarga yang menerima adalah;
Abdullah dan Noraidah tinggal di Taman Kuala Muda. Taman ini dibangunkan kira-kira 20 tahun yang lalu khusus untuk penempatan keluarga nelayan. Pendapatan En Abdullah sebagai nelayan pantai kira-kira sekitar RM500 sebulan. Mempunyai 6 orang anak yang mana anak sulungnya baru tingkatan 2. Bagi kami di YBK semoga sumbangan yang dititipkan oleh penderma mampu untuk memberikan keceriaan kepada keluarga ini dalam menjalani ibadah puasa tidak lama lagi. Sinar kasih Ramadahan di Pulau Pinang ini bersama dengan Yayasan Ehsan Permatang Sintok. Maklumat dan cadangan keluarga penerima ini disampaikan oleh saudara Syafik dan saudara Rosli.
Haslinda Idris merupakan ibu tunggal dengan lima orang anak. Kehilangan suami kira-kira setahun yang lalu cukup memberikan kesan kepada keluarga ini. Puan Haslinda tinggal di Permatang Keriang, Penaga dirumah peninggalan arwah suaminya. Kesemuanya 5 anaknya masih bersekolah dan 2 daripadanya adalah anak istimewa. Ibu ini mendapat sedikit bantuan bulanan dariapada Kerajaan Negeri untuk anak istimewa ini. Selain daripada itu Pn Haslinda turut bekerja membasuh pinggan digerai berhampiran dengan pendapatan RM10 sehari. Kehadiran kami menyampaikan sumbangan SKR 2016 ini memberikan sedikit keceriaan pada keluarga Pn Haslinda. Sinar kasih Ramadahan di Pulau Pinang ini bersama dengan Yayasan Ehsan Permatang Sintok. Maklumat dan cadangan keluarga penerima ini disampaikan oleh saudara Syafik dan saudara Rosli.
Lawatan kami seterusnya ialah keluarga Zakaria Awang & Norizah Ismail di Permatang Sintok. En Zakaria ini tinggal bersama 4 orang anaknya di rumah pusaka keluarga. 2 orang daripada anaknya adalah insan istimewa yang masih lagi belajar di PDKI berhampiran rumah ini. En Zakaria bekerja di kilang di Bagan Lalang, namun adakalanya pendapatan bulanan tidak mencukupi kerana 2 orang anak istimewa ini memerlukan beberapa keperluan yang khusus.
Rumah terakhir bersama Yayasan Ehsan ini ialah keluarga Zahari dan Ku Hartini di Kubang Menerong, Tasik Gelugur. Ketua keluarga ini sudah 2 tahun tidak bekerja selepas pembedahan di bahagian paru-paru. Sebelum ini En Zahari bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Pulau Pinang. Akibat daripada pembedahan ini menyebabkan kurangnya proses aliran udara di dalam paru-paru dan jantung. Dengan 4 orang anak yang masih bersekolah, pendapatan keluarga ini bergantung sepenuhnya kepada isteri yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji harian.
Penyerahan SKR 2016 ini telah membawa kami melawat keluarga Mohd Zulkifli Mohd Nor di Flat Paya Nahu, Sungai Petani Kedah. En Zulkifli ini tinggal bersama 2 orang anak yang yang bersekolah rendah serta ibunya yang uzur. Semasa kedatangan kami ibunya baru 2 hari dimasukkan ke Hospital Sungai Petani akibat masalah jantung. En Zulkifli ini memerlukan rawatan susulan setiap 3 bulan berkaitan dengan buah pinggang. Bergantung sepenuhnya bantuan bulanan daripada JKM RM350.00 sebulan. Tiada sumber pendapatan lain bagi menampung perbelanjaan bulanan keluarga ini.