KLANG, 27 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah mengadakan kunjungan ke kediaman tujuh (7) keluarga di sekitar Rantau Panjang, Klang untuk menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) yang dibantu oleh guru SMK Rantau Panjang. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Rumah pertama yang kami lawati ini ialah Pn Faridah bt Utoh. Suaminya En Mohd Rosli tiada dirumah kerana bekerja sebagai nelayan. Secara puratanya pendapatan keluarga ini sekitar RM700 sebulan. Dengan 5 orang anak yang masih belajar pendapatan bulanan ini tidak mampu menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Pn Faridah turut menjalankan perniagaan jualan makanan ringan di hadapan rumah sewanya ini dalam usaha meningkatkan sumber ekonomi keluarga.

Seterusnya kami ke Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang melawat keluarga Pn Zarina Abdullah. Suaminya bekerja sebagai pemandu lori. Keluarga ini tinggal menyewa dirumah ini sudah hampir 9 tahun dengan sewaan RM450 sebulan. Dengan 5 orang anak yang masih belajar dan pendapatan bulanan yang adakalanya kurang setiap bulan, semoga sumbangan SKR2016 ini mampu memberikan keceriaan dalam bulan ramadhan ini nanti. Serahan SKR2016 bersama dengan guru-guru daripada SMK Rantau Panjang Klang.

Lawatan ke Jalan Haji Tarmizi, Rantau Panjang Klang ini bertemu dengan Pn Rohana Ismail. Tinggal dirumah sewa ini hampir 6 tahun yang lalu. Suaminya En Jasamuddin tiada dirumah kerana bekerja membantu berniaga di pasar berhampiran. Keluarga ini mempunyai 4 orang anak yang masih belajar. Pendapatan bulanan keluarga ini sekitar RM500. Semoga keluarga ini mampu meneruskan cabaran kehidupan yang semakin hari semakin mencabar ini.  Serahan SKR2016 bersama dengan guru-guru daripada SMK Rantau Panjang Klang.

Kami bergerak ke Taman Hijrah 2, Rantau Panjang Klang bertemu dengan keluarga En Mohd Jifir. Sudah hampir sebulan keluarga ini tiada bekalan elektrik akibat masalah pembayaran bil. En Mohd Jifir bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1000. Pada bulan ini lori yang dipandunya rosak dan berada dibengkel dalam proses pembaikan. Ini menyebabkan pendapatan bulanannya berkurangan. Keluarga ini mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Dengan pendapatan yang tidak menentu pada bulan ini, sumbangan SKR2016 cukup menceriakan keluarga ini.  Serahan SKR2016 bersama dengan guru-guru daripada SMK Rantau Panjang Klang.

Puan Rosmah bt Daraman merupakan ibu tunggal. Tinggal di rumah ibunya di Jalan Haji Musran. Pn Rosmah bekerja sebagai jurujual dengan pendapatan sekitar RM1000. Keluarga ini mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah dan belajar diantara 17 tahun hingga 7 tahun. Ketika kami melawat Pn Rosmah sedang membungkus kerepek untuk dijual oleh anaknya pada sebelah petang untuk menambah pendapatan.  Serahan SKR2016 bersama dengan guru-guru daripada SMK Rantau Panjang Klang.

Keluarga Pn Noorshida Idris ini tinggal di Flat Taman Mutiara Bukit Raja 2. Tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan kami berjumpa dengannya di tempat kerjanya pasaraya runcit. Suami puan Noorshida ini sekarang berada di hospital mental untuk rawatan. Dengan pendapatan bulanan RM700 keluarga ini mempunyai 5 orang anak yang bersekolah diantara 17 tahun hingga 9 tahun. Ada antara anaknya yang terpaksa beliau tempatkan di asrama kebajikan atas factor kewangan. Sumbangan SKR ini cukup bermakna bagi Pn Noorshida dalam menempuh ramadhan yang bakal menjelang.  Serahan SKR2016 bersama dengan guru-guru daripada SMK Rantau Panjang Klang.

Keluarga terakhir melalui maklumat daripada SMK Rantau Panjang, Klang ini ialah En Al Hafesh dan Pn Seri Rahayu. Tinggal menumpang di Kampung Sementa dirumah tinggalan keluarga. Dengan enam orang anak yang masih bersekolah En Hafezh yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan sekitar RM1000.00 sebulan. Ketika lawatan ini dijalankan En Hafesh baru sahaja selesai menghantar anak-anaknya ke sekolah.  Serahan SKR2016 bersama dengan guru-guru daripada SMK Rantau Panjang Klang.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;