- Hit: 1500
TAMAN KLANG UTAMA, 30 Mei 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini telah mengadakan kunjungan ke kediaman enam (6) keluarga di kawasan Taman Klang Utama, untuk menyerahkan sumbangan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) yang dibantu oleh 2 orang guru SMK Taman Klang Utama. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
Rumah pertama yang kami lawati ialah Pn Sabareena Abdul Samad. Tinggal di C-1-12 Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja. Suami Pn Sabareena ini mengalami masalah tulang belakang โSlipdiscโ semasa bekerja. Kini suaminya membantu jiran berniaga di pasar malam jika badannya sihat. Keluarga ini menerima bantuan makanan bulanan daripada pusat zakat bernilai RM420. Selain daripada itu Pn Sabreena menampung pendapatan keluarga dengan berniaga tudung kecil-kecilan di rumah.
Seterusnya kami melawat rumah sewaย Blok F-3-16 Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja. Pn Sarehat bt Adok ibu tunggal yang kematian suaminya bulan mac 2015. 3 orang anaknya masih belajar dan bersekolah. Salah seorang daripadanya adalah anak kurang upaya. Pendapatan bulanan Pn Saerah adalah RM350 bantuan daripada Pusat Zakat Selangor. Berniaga kecil-kecilan di bawah flet pada waktu petang untuk menambah pendapatan.
Pn Asnirawati Abd Halim tinggal di Blok J-5-11, Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja. Suamimya Muhd Irwan bekerja kampong menanam sayur-sayuran dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan. Sebelum ini keluarga ini tinggal di kawasan setinggan berhampiran. Pada januari 2016 kawasan setinggan ini telah dimajukan oleh pihak yang berkenaan. Oleh itu melalui Pusat Zakat Selangor keluarga ini ditempatkan di rumah ini dengan bayaran bulanannya ditanggung oleh Pusat Zakat sebanyak RM350.00.
Keluarga Pn Sunita dan Mohd Sri. Ketika lawatan dijalankan hanya Pn Sunita yang berada dirumah. Suaminya Mohd Sri bekerja sebagai pengawal keselamatan. Keluarga ini mendapat bantuan bayaran sewa bulanan daripada Pusat Zakat Selangor sebanyak RM350. En Mohd Sri setiap bulan mendapat rawatan jantung di Hospital Klang. keluarga ini mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah di SMK Taman Klang Utama.
En Zulkifli dan Pn Asniza tinggal di rumah pusaka keluarga. En Zulkifli bekerja sendiri sebagai pendawai elektrik manakala isterinya bekerja pembantu kantin sekolah. Purata pendapatan bulanan keluarga ini RM1300. Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah di SMK Klang Utama dan SK Klang Utama. Keluarga ini mendapat bantuan kewangan RM300 daripada Pusat Zakat Selangor.
Rumah terakhir adalah keluarga Pn Marzlin Yaakob di Kg Batu 3, Jalan Kapar. Seorang ibu tunggal kematian suaminya 3 tahun yang lalu. Pendapatan keluarga ini adalah RM300 sebulan melalui SOCSO dan kerja sambilan di rumah. Dengan 5 orang anak yang masih bersekolah berumur diantara 15 hingga 5 tahun. Bantuan SKR ini cukup mengharukan dan memberi sinar kegembiraan keluarga ini dalam menempuh Ramadhan yang akan tiba.