SERENDAH, 14 Ogos 2016 - Bertempat di Asrama Kasih YBK Serendah, satu Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat telah dilaksanakan sempena 26 tahun YBK dan juga meraikan hari kelahiran YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Majlis telah dihadiri oleh pelbagai pihak antaranya kakitangan YBK, Asrama Kasih YBK, Akademi Kemahiran YBK dan Pusat Latihan YBK. Turut hadir, para Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK - Dato' Bing Selamat, Tn. Hj. Hamzah Jalli dan Ustaz Mohd Faisal Tan; serta ADUN Batang Kali, YB Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Dato' Ismail Kijo dan ahli-ahli BAKA.

Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan Yasin dan tahlil ringkas. Selepas selesai solat Isyak, majlis diteruskan di Dewan Utama di mana jamuan dihidangkan kepada para tetamu di samping persembahan daripada pelajar ASKA. Dato' Zainal Abidin Sakom selaku yang diraikan kemudiannya memberikan ucapan beliau dan disusuli oleh upacara memotong kek dan pulut kuning. Penyampaian sumbangan turut diadakan kepada sembilan PDK dan BAKA.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;