CYBERJAYA, 23 Ogos 2016 - Penyandang Kursi Kesejahteraan YBK-UIM, YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md. Yassin hari ini telah diberi penghormatan menyampaikan syarahan di Majlis Halaqah Bicara Intelek siri ke-18 di Universiti Islam Malaysia. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Presiden UIM, YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor; Dato' Bing Selamat Amir dan Tuan Haji Hamzah Jalli, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK; pegawai-pegawai kanan universiti serta tetamu-tetamu jemputan.

Program bermula pada jam 10 pagi dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tan Sri Presiden UIM dan sesi penyampaian anugerah kepada peserta tetap program. Sesi diteruskan dengan syarahan oleh YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md. Yassin yang bertajuk 'The Envolving Concept of Well Being - Utopia Within Reach'. Syarahan berlangsung kira-kira sejam dan sesi soal jawab menyusul selepas itu.

Pada majlis yang sama, YBhg. Tan Sri Presiden UIM telah mengumumkan penubuhan 'Institut Kesejahteraan UIM' di mana YBhg. Prof. Emeritus Dato' Dr. Sulaiman Md. Yassin telah dilantik sebagai Pengarah yang pertama. UIM melahirkan penghargaan kepada YBK kerana penubuhan Institut ini adalah kesinambungan daripada Kursi Kesejahteraan YBK-UIM.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;