- Hit: 1668
KUALA LUMPUR, 15-16 Ogos 2016 - YBK telah dijemput untuk memberikan pembentangan pada Seminar Antarabangsa Sains Untuk Keamanan yang berlangsung selama dua hari di Hotel Royal Chulan. Pada hari pertama, perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan. Turut hadir pada hari pertama, Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK; Dato' Hj Bing Selamat Amir dan Tuan Hj Hamzah Jalli, ALPA YBK; Encik Zulhairy Jalaluddin, CEO YBK, dan kakitangan YBK.
Pada hari kedua, YBK telah diberi penghormatan sebagai salah satu pembentang dalam Sesi Panel ke 3 'Forging Peace Through Economics, Poverty Alleviation And Inclusivity'. Datin Hartini Osman yang mewakili Dato' Pengerusi YBK telah membentangkan kertas kerja bertajuk 'Poverty Alleviation Through Practising Inclusivity & Social Entreprenuership â Sharing Of YBKâs Success Stories'. Para hadirin yang terdiri daripada ahli akademik, wakil korporat dan kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) berpeluang mendengar kisah sukses YBK dalam 26 tahun pembasmian kemiskinan.
Penyertaan YBK dalam seminar seumpamanya dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali YBK secara umum di samping menambahkan lagi jaringan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta.