- Hit: 1559
SERENDAH, 31 Ogos 2016 - Pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK dengan penuh semangat meraikan hari kemerdekaan dengan pengisian Program Pertandingan Persembahan Kemerdekaan.
Upacara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Asrama Kasih. Seterusnya penyampaian ucapan dari Pn. Halimaton Saadiah, Pengetua Asrama Kasih. Ucapan yang sarat dengan nasihat serta suntikan semangat untuk pelajar-pelajar asrama terus berusaha dan tidak putus asa dalam mencari kejayaan hidup. Seterusnya persembahan kemerdekaan dimulakan daripada pelajar-pelajar tingkatan 1 iaitu mereka mempersembahkan seloka pantun. Pelajar tingkatan 2 pula mempersembahkan sebuah sketsa yang menceritakan kisah zaman komunis dan zaman selepas kemerdekaan. Tingkatan 3 pula mereka mempersembahkan sebuah sajak berirama yang sungguh bersemangat dan akhir sekali persembahan daripada pelajar Tingkatan 4 iaitu sebuah pentomen mengenai mengenangkan semula pejuang-pejuang tanahair yang telah terkorban demi memerdekakan negara.
Pemenang pertandingan tersebut jatuh kepada persembahan pelajar tingkatan 3. Tempat kedua dimenangi oleh pelajar Tingkatan 2 dan yang ketiga iaitu pelajar Tingkatan 4. Di akhir majlis semua pelajar dan kakitangan bersama sama menyanyikan lagu Tanggal 31. Keseluruhan aktiviti Kemerdekaan itu memberikan tindak balas yang positif dari pelajar Asrama. Mereka seronok serta teruja dengan usaha serta kerjasama kumpulan tingkatan masing-masing. Program seperti ini amat bagus diteruskan agar dapat menyemaikan perasaan cinta dan sayangkan pada negara.