PHNOM PENH (Cambodia), 14 September 2016 - Misi Antarabangsa - Program Ibadah Qurban YBK 2016 telah dilaksanakan di dua tempat iaitu di Kampong Thom dan Kampong Cham. Sejumlah 11 ekor lembu yang disumbangkan oleh 43 orang penama yang terdiri daripada kakitangan YBK dan orang perseorangan telah dikorbankan. Tahun ini kos untuk seekor lembu adalah RM2,450 (RM350/bahagian). YBK diwakili oleh Tuan Haji Hamzah Jalli selaku ALPA, Encik Zulhairy Jalaluddin (CEO) dan Audi Faliq Ibrahim yang berlepas daripada Kuala Lumpur sehari sebelumnya.

Pada sebelah pagi, YBK telah ke Kampong Thom yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada Phnom Penh dan mengambil masa hampir 3 jam perjalanan. Di sini sebanyak 5 ekor lembu telah dikorbankan. Urusan qurban dan agihan dilaksanakan oleh Tuan Haji Shukor @ Him Sukot daripada Cambodian Muslim Children Association (CMCA) dan dibantu oleh penduduk setempat.

Selesai urusan di Kampong Thom, YBK bertolak ke Kampong Cham yang terletak kira-kira 130 kilometer daripada Kampong Thom. Sebanyak 6 ekor lembu yang diantaranya merupakan sumbangan daripada Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK di samping penama-penama lain telah dikorbankan. Di samping proses qurban dan agihan, majlis kenduri secara gotong-royong turut diadakan bersama penduduk kampung yang dikoordinasikan oleh Ustaz Salleh @ Ly Sleh daripada NGO Humanity And Muslim Development Organisation (HAMDO).

Pihak CMCA dan HAMDO serta penduduk setempat melahirkan rasa terima kasih atas inisiatif YBK mengadakan ibadah qurban di perkampungan mereka. Program ini akan diteruskan di masa-masa akan datang dan penyertaan daripada masyarakat umum adalah amat dialu-alukan.

πŸ“ž HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

πŸ“ž TEL :Β +60 (3) 7875 0036
πŸ“  FAKS :Β +60 (3) 7875 0719
πŸ“§ E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;