RAWANG, 4 Jun 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan empat keluarga di kawasan Tasik Puteri, Rawang. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Lawatan SKR bermula di rumah Kamizan Mat Nawi di Blok Lilywood. Ketika lawatan dilakukan suaminya Rosefaizal Ab Majid tiada dirumah bekerja sebagai buruh binaan. Merupakan penerima program e-Kasih. Tinggal menyewa di Tasik Puteri, Rawang ini pada disember 2015 dengan sewa bulanan RM350.00. mempunyaI 5 orang anak yang masih bersekolah dan belajar. Salah seorang daripadanya adalah anak istimewa. Puan Kamizan juga mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan ia perlu sentiasa mendapatkan rawatan di hospital.

Roshana Kamarudzaman merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama ibu yang uzur serta anak yang mempunyai masalah jantung berlubang dan paru-paru. Kini Pn Roshana mengambil Diploma Tourism daripada Institut Karisma, Jalan Klang Lama. Tinggal menyewa di apartment Rosewood dengan kos RM400 sebulan. Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Pendapatan bulanan kini bergantung kepada elaun praktikal yang adakalanya tidak mencukupi.

Menyampaikan sumbangan SKR kepada Siti Rohaibah Md Ibrahim. Ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak yang masih belajar dan bersekolah. Mempunyai masalah kesihatan SLE ( sendi & urat) yang kronik. Tidak mampu bekerja dan berdiri lama. Pendapatan bulanan daripada JKM berjumlah RM500 serta sumbangan makanan bulanan daripada zakat Selangor. Sewaan RM300 sebulan bagi rumah yang diduduki kini.

Rosnani bt Rasul juga merupakan ibu tunggal dengan 5 orang anak yang masih bersekolah serta belajar. Kematiaan suami pada 2010 menambah keperitan hidup sekeluarga. Pendapatan keluarga ini bergantung kepada mengasuh kanak-kanak dan bayi. JKM turut memberi bantuan RM400 sebulan. Keluarga ini turut juga menyewa RM400 sebulan bagi tempat berteduh.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : 03 7875 0036
FAKS : 03 7875 0719
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;