BESTARI JAYA (BATANG BERJUNTAI), 4 Jun 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan dua keluarga di kawasan Bestari Jaya, Selangor. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;

Keluarga Mazlei Mat Saaid dan Suhaili Hashim ini telah menyewa rumah selama 13 tahun dengan kos RM450 sebulan. Mempunyai 6 orang anak yang mana 4 darinya masih bersekolah. Keluarga ini membuka gerai nasi lemak dihadapan rumah setiap hari dengan pendapatan RM750 sebulan. Zakat Selangor turut memberi bantuan RM500 sebulan. Mazlei mempunyai masalah kesihatan dan perlu mendapat rawatan di Hospital Sg Buloh pada setiap bulan.

Seterusnya melawat keluarga Ibrahim Massan dan Norhashimah Othman di Kg Seri Makmur, Jalan Raja Musa. Mengusahakan tanaman kontan diatas tanah yang disewa daripada KDEB dengan pendapatan RM1000 sebulan. Mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Salah seorang daripadanya mempunyai masalah hyper tyroid yang memerlukan rawatan bulanan di Hospital Sg Buloh. Keluarga ini tinggal di atas tanah rizab Melayu dan masih belum memiliki geran.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;