- Hit: 1516
SHAH ALAM, 1 Julai 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan empat keluarga di kawasan Seksyen 24, Shah Alam. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
Keluarga Noor Hameza bt Baharum di Blok 73, Seksyen 24 Shah Alam. Ibu tunggal ini bekerja sebagai pengemas bilik di Intekma Resort UITM Shah Alam dengan pendapatan RM1100 sebulan. Mempunyai 2 orang anak yang masih belajar di sekolah menengah dan 1 di UITM Puncak Alam. Mendapat pencen suami RM200 sebulan. Persekitaran tempat tinggal adalah kemas dan tersusun.
Melawat Rosnah bt Mohd yang tinggal di jalan Bawal, Seksyen 17 Shah Alam. Merupakan ibu tunggal yang menyara 5 orang anak yang masih bersekolah. Bekerja di MYDIN dengan pendapatan RM1000 sebulan. Keluarga ini tinggal menumpang di rumah ibu Pn Rosnah buat sementara waktu.
Seterusnya menyampaiakan SKR buat keluarga Hadiulasnizam dan Suhaidah di Lorong Mat Raji, Padang Jawa, Shah Alam. Mempunyai 2 orang anak yang bersekolah. Tinggal di rumah sewa ini dengan kos RM450.00. Bekerja sendiri dengan anggaran pendapatan RM1000 sebulan. Ketika lawatan dijalankan tempat tinggal ini baru mengalami musibah banjir kilat. Keadaan persekitaran rumah kurang bersih akibat masalah banjir kilat ini.
Sumbangan SKR ini disampaikan kepada keluarga Mohd Marmoyo dan Hasni Saad. Keluarga ini tinggal di Kg Berangan, Padang Jawa, Shah Alam Selangor. Mempunyai 5 orang anak yang masih bersekolah. Tidak mempunyai pendapatan tetap kerana Marmoyo tidak mampu bekerja akibat masalah kesihatan. Bergantung kepada anak sulung keluarga ini yang bekerja sebagai pembantu kedai dalam meneruskan kehidupan harian.