- Hit: 1576
ULU BERNAM, 15 Oktober 2016 - Program eRezeki Yayasan Basmi Kemiskinan dengan kerjasama MMSC Synergy Sdn Bhd dan Pejabat Adun Ulu Bernam pagi Sabtu 15 Oktober 2016 dengan dihadiri oleh hampir 100 orang peserta.
Dalam ucapannya YBhg Datin Haritini Osman mengharap agar para peserta mengambil peluang ini dengan menggunakan kemahiran masing-masing untuk menjana pendapatan tambahan isi rumah seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup keluarga masing-masing.
Program eRezeki ini bertujuan memberi peluang kepada golongan B40, iaitu isi rumah yang berpendapatan RM3,850 dan kurang, dengan memanfaatkan teknologi digital untuk menjana pendapatan tambahan. Latihan ini akan memperkenalkan komuniti B40 kepada peluang pendapatan digital melalui tugas digital mudah yang sesuai dengan kemahiran mereka bagi menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang kompetitif.