- Hit: 1478
YAN (KEDAH), 4 Jun 2016 - Penyerahan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) diteruskan dengan tujuh keluarga di kawasan SMK Dulang, Yan, Kedah. Keluarga yang menerima adalah seperti berikut;
Melawat keluarga Siti Khadijah bt Hashim. Ibu tunggal yang tinggal bersama dua orang anak dan ibu yang tua. Anak sulong Siti ini mengidap kanser tahap 5. Walaupun begitu anak ini masih bersemangat ke sekolah setiap hari supaya dia ibunya tabah menghadapi kehilangannya suatu masa nanti. Mengrah keringat sebagai pembantu pembersihan, Siti terpaksa menggunakan pendapatan ini sebaiknya untuk urusan kesihatan dan perbelanjaan harian.
Seterusnya kami ke Kg Kelantan, Yan kecil melawat Zainab bt Abdullah. Bekerja sebagai pembantu pembersihan di Hospital Yan. Mempunyai 5 orang anak yang masih belajar dan bersekolah. Rumah yang didiami kini adalah sumbangan daripada Pusat Zakat Kedah. Selain itu Pusat Zakat juga turut memberi elaun bulanan sebanyak RM400.00. Semoga sumbangan ini membolehkan seisi keluarga Zainab gembira menyambut Ramadhan.
Kehadiran kami disambut oleh Muhammad Jafri anak kepada Latifah bt Abdul. Persekitaran rumah pusaka tinggalan arwah suami Latifah cukup bersih di Kg Ulu Sedaka, Yan. Bekerja sebagai Pembantu pembersihan dengan gaji sekitar RM900.00. Latifah mempunyai 4 orang anak yang masih belajar dan bersekolah. Salah seorangnya adalah anak istimewa dan masih mendapat pendidikan di PDK OKU berdekatan. Ketika lawatan ini, Latifah sedang sibuk menyediakan makanan untuk bekalan berbuka anaknya yang menuntut di POLIMAS kerana sumber kewangan yang terhad.
Jamilah bt Hashim, ibu tunggal yang kematian suami setahun yang lalu. Tinggal menyewa rumah 1 bilik di Kampong Kilang, Guar Cempedak, Gurun Kedah. Aktiviti utama adalah menjual kuih-muih pada waktu petang di Pasar Guar dengan purata pendapatan sekitar RM250 sebulan. Keluarga ini turut menerima Zakat RM300 sebulan. Jamilah mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah di sekitar Guar Cempedak. Anak-anak inilah yang membantunya menjual kuih-muih.
Keluarga Rosni bt Othman tinggal di Kg Dulang Besar, Yan. Menjalankan aktiviti tanaman kontan sebagai sumber pendapatan. Dengan RM800 sebulan Rosni menjaga 8 orang yang tinggal serumah iaitu ibu, anak serta cucu. 5 orang anak serta cucunya masih bersekolah. Keluarga ini menerima zakat bulanan berjumlah RM200.
Noriah bt Abd Rahman bekerja sebagai pembantu pembersihan sekolah. Dengan pendapatan RM750 Noriah menjaga seorang anak yang masih bersekolah serta bapa mentua yang uzur. Masih menyewa di Taman Desa Jaya Indah dengan kos RM300 sebulan menyebabkan perbelanjaaan harian perlu dicatu dengan baik.
Sharipah bt Samad ibu tunggal yang tidak bekerja. 7 orang anaknya masih lagi bersekolah. Dengan mengharapkan pendapatan daripada anak yang bekerja sebagai kerani selain daripada bantuan bulanan JKM berjumlah RM450 sebulan. Keluarga ini tinggal menyewa rumah yang berdindingkan zink di Kg Bru Guar Cemepdak. Sewaktu lawatan dijalankan jelas ketidakselesaan anak-anak kecil keluarga ini didalam rumah yang serba kekurangan.