- Hit: 1372
ARA DAMANSARA, 6 November 2016 - Program latihan eRezeki sekali lagi dianjurkan dengan melibatkan komuniti PPR Lembah Subang. Program eRezeki merupakan salah satu inisiatif kerajaan membantu meningkatkan taraf kehidupan golong di bawah B40 menerusi platform yg menawarkan pekerjaan digital dan online.
Peserta yang terlibat kali ini antaranya penuntut IPT, suri rumah, usahawan, dan seorang pelajar sekolah menengah yang mengikut ibunya hadir sama dengan harapan beliau dapat meneroka peluang yang ada menjadi pekerja digital semasa cuti sekolah kelak.
Program latihan kali ini diadakan dengan kerjasama JPP Zon 26 dengan peserta-peserta daripada kawasan Lembah Subang. Mereka berterima kasih kerana didedahkan kepada peluang dan ruang yang ada untuk menambah pendapatan keluarga. Program latihan eRezeki merupakan kerjasama YBK-MMSC Sdn Bhd dan seterusnya akan diadakan di Sabak Bernam dan Batang Kali.