- Hit: 1641
KG. GESIR TENGAH, 7 November 2016 - Asrama Kasih YBK Gesir (Jambo Sakti) telah menerima kunjungan dari Tokio Bundle Factory. Tokio Bundle Factory ialah sebuah syarikat menjual barangan terpakai dari negara Jepun seperti perabut, mainan dan lain-lain barangan. Syarikat ini mempunyai tiga cawangan iaitu di Sungai Petani, Rawang dan Sabah.
Asrama Kasih YBK Gesir telah menerima sumbangan alat tulis dari pihak pengurusan Puan Zura dan bersama rakan kongsi Encik Zaidi dan Encik Razali dibawah program 'Donating Good To Our Orpahnage From Japan With Love'. Sumbangan diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin. Turut serta pengetua Asrama Jambo Sakti dan Encik Jamal.
YBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tokio Bundle Factory atas sumbangan ini dan semoga pemberian ini memberikan manfaat kepada anak-anak ASKA Gesir.