KUALA LUMPUR, 12 November 2016 - Bertempat di Dewan Utama Menara FELDA, telah berlangsung Program Forum Pengguna Islam ke-6 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Forum ini menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuklah NGO-NGO bagi mendengar pendapat panel-panel jemputan berkenaan isu kepenggunaan semasa. Pengerusi YBK, YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom telah dijemput sebagai ahli panel untuk sesi pertama yang berlangsung padas sebelah pagi.

Sesi pertama bertajuk 'Kemiskinan: Takdir atau Pilihan' dan ahli panel yang turut bersama adalah YBhg. Tan Sri Muhammad Ali Hashim, Presiden Dewan Perdagangan Islam. Beliau telah menyampaikan pembentangan yang turut menyentuh hal 'Jihad Bisnes' dan 'Waqaf Korporat' yang menarik minat peserta. Kemudian sesi diteruskan dengan forum yang dimoderatorkan oleh Dato' Dahlan Maamor dan turut bersama, YBhg. Dato' Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM.

YBhg. Dato' Pengerusi YBK telah menekankan kepentingan masyarakat untuk dididik dengan ilmu pengurusan kewangan dalam menghadapi kesan kos sara hidup dan menyeru kerajaan agar memainkan peranan yang lebih aktif dan memperkasanya NGO sebagai 'strategic partner'. Beliau juga menyarankan agar masyarakat lebih bijak dalam berbelanja dan menumpukan kepada keperluan yang lebih penting. Usul beliau disambut baik oleh ahli panel dan peserta yang hadir. Sesi pertama tamat pada jam 1 tengahari.

Forum ini diharapkan memberi kesan kepada peserta untuk sama-sama memahami kepentingan ilmu kepenggunaan dan pengurusan kewangan di samping tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. Jemputan PPIM kepada YBhg. Dato' Pengerusi YBK merupakan satu manifestasi keberkesanan YBK dalam aktiviti pembasmian kemiskinan yang diiktiraf masyarakat.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;