KG GESIR TENGAH, 1 Oktober 2016 - Asrama Kasih Jambor Sakti YBK dikunjungi oleh mahasiswa dan mahasiswi Poly-Tech MARA Bangi Seksyen 6 Semester 4, program Diploma Pengurusan Perniagaan (AB101) untuk Program Khidmat Masyarakat (MPU 2412). Seramai 30 orang mahasiswa terlibat bersama 2 orang pensyarah pengiring.

Majlis bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 6:30 petang. Majlis dimulakan dengan senaman pagi bersama pelajar-pelajar asrama diikuti dengan bacaan doa oleh Mahasiswa Abdul Hakim Izzuddin dan ucapan dari pengerusi program iaitu Mohammaf Hafize Salehudin. Majlis dirasmikan oleh Pengetua Asrama Kasih YBK Gesir, Cik Farahin Iszreen ismail.

Majis diteruskan dengan pembahagian kumpulan untuk Aktiviti 1 iaitu 'Fantasia Kejayaan'. Selepas itu, aktiviti gotong-royong dijalankan iaitu aktiviti mengecat dinding dewan solat asrama. Para siswa turut solat berjemaah bersama anak-anak asrama. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada anak-anak asrama dan persembahan dari anak-anak asrama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;