KUALA KRAI & GUA MUSANG (KELANTAN), 14 November 2016 - YBK telah mengadakan sesi taklimat berkenaan Program Pendidikan YBK kepada pegawai-pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai dan Gua Musang. Taklimat ini dilaksanakan dengan kerjasama Encik Mahamad Jawaz, pegawai PPD Kuala Krai dan Puan Norazira Ibrahim, Penolong PPD Kaunseling dan Kerjaya Murid, Gua Musang. Ketua Pegawai Eksekutif YBK, Encik Zulhairy Jalaluddin telah menyampaikan sendiri taklimat berkenaan.

Tujuan utama taklimat bersama PPD diadakan adalah bagi memaklumkan bahawa kemasukan ke Asrama Kasih YBK sedang berjalan dan meminta jasa baik PPD untuk mengenal pasti dan mencadangkan pelajar yang layak untuk ditawarkan bagi sesi pengambilan 2017. Tawaran tidak terhad hanya untuk pelajar di dalam Selangor tetapi terbuka juga untuk pelajar di negeri lain, bergantung kepada kriteria yang telah ditetapkan. Asrama Kasih YBK Gesir memiliki kapasiti 40 orang pelajar manakala Asrama Kasih YBK Serendah seramai 200 orang pelajar.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;