LEMBAH SUBANG, 19 November 2016 - YBK telah mengadakan sesi temuduga terbuka bagi kemasukan Asrama Kasih Serendah dan Gesir 2017 di Pangsapuri Vista Subang. Sesi temuduga ini merupa antara siri-siri jelajah yang dirancang sehingga akhir tahun 2016 bagi mengenal pasti calon-calon yang sesuai untuk kemasukan ke Asrama Kasih.

Program bermula pada jam 8:30 malam apabila para penduduk telah mula berkumpul di tempat yang ditetapkan. Sesi temuduga dilaksanakan sendiri oleh pengetua Asrama Kasih YBK Serendah, Puan Halimaton Saadiah dan pengetua Asrama Kasih YBK Gesir, Cik Farahin Izreen, dan dibantu oleh pegawai Asrama Kasih dan YBK yang hadir. Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK turut hadir pada malam tersebut dan memberi taklimat kepada penduduk yang hadir.

Program dijalankan dengan kerjasama Pegawai Penyelaras Jawatankuasa Penduduk Zon 26 Lembah Subang, Encik Abu Shahib Mohd Suki dan Penyelaras Jawatankuasa Penduduk Vista Subang, Tuan Haji Ithnin. Seramai 17 pelajar yang berminat hadir dalam sesi temuduga ini. Proses temuduga termasuklah mendapatkan profil keluarga, ujian IQ dan ujian bacaan/pemahaman.

Siri jelajah temuduga terbuka Asrama Kasih ini akan diteruskan di tempat-tempat lain. YBK mengalu-alukan pelajar lepasan UPSR yang berminat untuk menyertai Asrama Kasih YBK, untuk maklumat lanjut boleh menghubungi nombor pejabat di 03 7875 0036 atau 0037.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;