SABAK BERNAM, 20 November 2016 - Program Menjana Pendapatan Tambahan melalui E-Rezeki telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Sapintas, Sabak Bernam. Program kerjasama YBK bersama MMSC ini telah menerima penyertaan seramai 30 orang, dan dianjurkan bersama KASIH Selangor dan Puteri UMNO cawangan Kg Sapintas.

Sebagaimana program E-Rezeki yang dijalankan sebelum ini, para peserta telah dibimbing untuk mengenalpasti prosedur dan manfaat platform E-Rezeki dalam mendapatkan pendapatan tambahan. Sesi dikelolakan oleh Encik Khairul Kanchong dan Encik Ramdan Mat daripada MMSC selama hampir 6 jam bermula jam 9 pagi.

Majlis penutup disempurnakan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK mewakili YBhg. Dato' Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK. Turut hadir, Puan Norhafizah Humaidi, Ketua Puteri UMNO Cawangan, dan Encik Mohd Khir Ahmad, Pengerusi JKKP Kg Batu 2 Sapintas. Para peserta telah diberi sijil penyertaan.

Diharapkan para peserta mendapat manfaat daripada pendedahan platform E-Rezeki ini bagi menambahkan pendapatan mereka. YBK dan MMSC sebagai pemudahcara akan terus bekerjasama dalam memperkenalkan platform E-Rezeki ini kepada golongan sasar yang bersesuaian.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;