Bidor, 5/3/2016 - Dengan semangat 'YBK Peduli' program sukarelawan diteruskan di Kampung Simpang 3, Bidor, Perak. Melalui maklumat yang disampaikan oleh En Zaharin Jalaludin yang merupakan seorang JKKK kampung berhampiran sukarelawan telah menjalankan program di rumah Pn Juriah Salleh.

Pn Juriah tinggal di rumah pusaka keluarga dengan seorang anak saudara yang masih belajar. Beliau juga mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan secara berkala di pusat kesihatan berhampiran. ย Program sukarelawan ini bermula dengan membersihkan kawasan persekitaran diluar rumah pusaka ini. Memotong pokok yang yang tidak bersesuaian serta membetulkan kembali aliran longkang supaya persekitaran luar rumah ini lebih ceria. Selain daripada itu sukarelawan juga mengecat anjung diluar rumah Pn Juriah ini supaya nampak berseri. Program ini selesai dalam jam 1.00 petang.ย 

Terima kasih kepada penduduk setempat yang hadir bersama-sama dalam program ini. Tidak lupa juga kepada En Zaharin diatas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program sukarelawan ini. ย 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :ย +60 (3) 7875 0036
E-MEL :ย ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;