SERENDAH, 25 November 2016 - Asrama Kasih YBK Serendah (ASKA Serendah) telah mengadakan majlis jamuan akhir tahun bagi meraikan para pelajar sempena berakhirnya sesi persekolahan tahun 2016. Majlis berlangsung pada sebelah malam melibatkan seluruh pelajar dan barisan kakitangan ASKA Serendah. Turut hadir pada malam tersebut, Dato' Hj. Bing Selamat Amir, ALPA YBK; Tn. Hj. Zainal Abidin, Ahli Lembaga Penasihat ASKA Serendah beserta isteri; En. Zulhairy Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif YBK; dan jemputan-jemputan daripada UniKL dan rakan-rakan.

Jamuan makan diselang-seli dengan acara persembahan daripada pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Buat julung kalinya, para tetamu dipertontonkan dengan persembahan teater Bahasa Inggeris yang dikelolakan oleh guru Bahasa Inggeris ASKA Serendah. Sebahagian hidangan jamuan adalah sumbangan daripada Syarikat Suriya Pagi.

Diharapkan majlis ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pelajar dan kakitangan ASKA Serendah, dan seterusnya memacu semangat untuk terus melakar kecemerlangan diri dan organisasi. ASKA Serendah komited untuk memperkasakan modal insan pelajar daripada segenap aspek melalui aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media, Arkib & Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;