KUALA LUMPUR, 26 November 2016 - Program Santuni Gelandangan di Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur diteruskan pada hari ini dengan penyertaan sepuluh (10) orang pelajar daripada Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pek-pek makanan sebanyak 300 set diedarkan pada gelandangan yang hadir.

Sebelum edaran dimulakan, para pelajar telah diberikan taklimat ringkas berkenaan YBK oleh Encik Asuad Ismail, Eksekutif Sukarelawan YBK dan maklumat berkenaan Masjid Jamek Bandaraya Kuala Lumpur oleh Ustaz Mohd Faisal Tan, Imam Utama merangkap ALPA YBK.

Edaran dimulakan pada jam 12 tengahari apabila kumpulan gelandangan ini mula berbaris di perkarangan masjid. Selepas arahan dan bacaan doa disempurnakan, pek-pek makanan dan minuman diedarkan kepada gelandangan oleh pelajar. Turut membantu, kakitangan YBK dan masjid untuk memastikan kelancaran proses pengedaran. Para pelajar ini turut menyumbang pakaian terpakai untuk gelandangan ini.

YBK mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang ingin turut serta dalam program ini. Pertanyaan lanjut boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;