SERENDAH, 30 November 2016 - Yayasan Basmi Kemiskinan hari ini melawat tempat penempatan mangsa tanah runtuh di pusat bencana Sekolah Rendah Agama (SRA) Serendah. YB Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali dengan berbesar hati telah menyerahkan sumbangan daripada YBK berupa beg dan peralatan sekolah untuk anak-anak. Selain daripada itu mangsa bencana juga menerima sumbangan berupa wang tunai daripada YB Tan Sri Noh Omar serta sumbangan makanan daripada Adabi.

"Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang termasuk YBK yang turut sama memberi sumbangan kpd mangsa bencana tanah runtuh di Serendah," kata beliau semasa ditemubual menerusi radio SelangorFM. Aktiviti mewarna juga diadakan untuk anak-anak berumur antara 4-10 tahun oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.

YBK menyerahkan 50 beg dan alatulis untuk keperluan anak-anak bersekolah. Diharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga yang terlibat dalam tragedi ini.

🌐 BERKENAAN LAMAN INI

Dasar Privasi & Penafian
Lapor Ralat / Kesilapan

Kandungan di dalam laman web ini (foto, audio, video dan artikel) disediakan oleh Bahagian Media dan Arkib serta Bahagian Penyelidikan dan Komunikasi Korporat, Yayasan Basmi Kemiskinan. Siaran semula atau replikasi kandungan untuk tujuan komersial perlu mendapat kebenaran daripada YBK terlebih dahulu.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;