SERENDAH, 1 Disember 2016 - Bertempat di Kampung Orang Asli Ulu Melaka, YBK telah mengadakan program motivasi dan penyampaian keperluan persekolahan. Program ini melibatkan seluruh keluarga orang asli, dan dilaksanakan di dewan merangkap surau kampung berkenaan. Selain motivasi dan penyerahan sumbangan, program ini juga bertujuan untuk mendedahkan peluang pelajaran yang ditawarkan YBK melalui Asrama Kasih, Akademi Kemahiran YBK dan Pusat Latihan YBK. Hadir dalam program ini, Tuan Haji Hamzah Jalli, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.

Program bermula pada jam 10 pagi dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh S.I. Zakarian Abdul Razak, yang menyentuh berkenaan kepentingan pendidikan dalam menjamin kecemerlangan dan berlangsung selama 30 minit. Kemudian diteruskan dengan taklimat peluang pendidikan oleh Asrama Kasih YBK yang disampaikan oleh Pn. Halimaton Saadiah selaku Pengetua ASKA Serendah; taklimat Akademi Kemahiran YBK Gesir oleh En. Romdani Sharif; dan taklimat Pusat Latihan YBK oleh En. Mat Noh. Selesai taklimat, Tuan Haji Hamzah Jalli selaku ALPA YBK memberikan ucapan beliau.

Sesi diakhiri dengan penyerahan beg dan peralatan sekolah yang disampaikan sendiri oleh Tuan Haji Hamzah Jalli kepada anak-anak orang asli. Sumbangan pakaian juga turut diserahkan kepada wakil penduduk orang asli. Program bersama orang asli ini adalah sebahagian daripada aktiviti unit Dakwah Orang Asli YBK dan diharapkan memberi manfaat kepada komuniti ini.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;