BATANG KALI, 28 November 2016 - Satu kem pemantapan jati diri telah diadakan di Kem Rimba Tamu, Batang Kali, Hulu Selangor. Seramai 18 orang anak anak Asrama Kasih YBK kali ini dijemput sama mengikuti program cuti sekolah yang dianjurkan oleh badan NGO, Nona Wawasan yang dipimpin oleh Puan Zaiton.

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Sepanjang program berlangsung pelajar - pelajar diberi pendedahan proses sebenar kehidupan melalui penerapan aktiviti-aktiviti lasak yang menuntut kekuatan mental dan fizikal. Aktiviti-aktiviti tersebut diumpamakan sebagai liku-liku kehidupan yg perlu dilalui sepanjang kita melalui kehidupan di dunia. Konsep makan bersama di atas dulang mengeratkan lagi silaturahim antara peserta. AJK Nona Wawasan sendiri turut terlibat di dalam penyediaan menu peserta sepanjang program.

Majlis penutup berlangsung pada jam 2 petang hari Rabu dengan ucapan dan nasihat motivasi oleh YBhg Tuan Azam, Penceramah Biro Tatanegara (BTN). Peserta nampak lebih ceria dan bersemangat selepas selesai dari mengikuti Kem tersebut.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;