7 Jun 2006, Desa Kasih Merbau Berdarah, Sabak Bernam - Satu taklimat ringkas telah di adakan di Dewan Desa Kasih Merbau Berdarah pada pukul 2.30 petang. Taklimat telah di hadiri hampir seramai 100 orang penduduk Desa Kasih Merbau Berdarah termasuk kehadiran daripada wakil-wakil Jawatankuasa Penduduk dari desa kasih yang lain. Taklimat yang pertama telah di sampaikan oleh En. Abu Bakar Ujang iaitu Ketua Jabatan Pekerja di Felda Plantations. Dalam sessi pengenalan ini, En. Abu Bakar telah menerangkan peranan dan fungsi Felda Plantations di dalam memberi peluang kerja di Felda Plantations yang ratanya ketika ini di banjiri hampir 90% pekerja dari rakyat Indonesia. Menurut beliau Felda Plantations ingin menyahut saranan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi agar sektor ini lebih memberi peluang kepada rakyat tempatan.. Taklimat seterusnya di sampaikan oleh En. Nassir dan En Madi yang menerangkan faedah-faedah yang diperolehi oleh pekerja-pekerja felda. Ternyata penerangan yang di berikan manarik minat peserta-peserta desa kasih yang hadir.

Taklimat seterusnya, di sampaikan oleh En Asmadi dari AIT Management Consultant yang memberi peluang kepada golongan muda atau pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih belum mendapat pekerjaan untuk mengikuti kursus dan latihan praktikal di tempat tempat latihan yang di tawarkan oleh pihak AIT. Di mana kos pengajian adalah percuma jika peserta berjaya menghabiskan setiap kursus yang mereka pelajari. Rata-rata yang hadir memberi maklum balas yang positif mengenai taklimat yang di sampaikan oleh kedua-dua pihak di mana ianya memberi peluang kepada golongan muda dan pertengahan. Ada di kalangan Jawatankuasa penduduk berharap agar taklimat sebegini di adakan di tempat mereka pula. Di fahamkan pihak Felda Plantations akan mengadakan taklimat susulan di tempat yang berlainan pula.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;