9 Jun 2007 – Rancangan YBK untuk mengadakan Mjalis Makan Malam Sejuta Harapan Ke 5 pada 13hb Jun 2007 di Menara Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan. Ini disebabkan YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi yang menjadi tetamu jemputan istimewa pada malam itu tidak hadir di sebabkan sesuatu tugas resmi yang tidak dapat dielakkan. Semua tetamu yang telah bersetuju untuk hadir, pihak-pihak media dan yang terlibat dengan persediaan dan persembahan telah dimaklumkan.

Makan Malam Sejuta Harapan YBK Ke 5 dengan tema Mencapai Bintang diadakan bertujuan melancarkan Kutipan Dana YBK untuk membangunkan Pusat Didikan Kanak-Kanak Istimewa YBK di tanah YBK di Serendah. Pihak Pejabat Perdana Menteri telah menyatakan tarikh 4hb Julai 2007 sebagai tarikh yang dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri untuk bersama melancarkan dan tersebut di Menara Kuala Lumpur

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;