- Hit: 1287
29 Mei, Menara Kuala Lumpur – Sempena Majlis Makan Malam Sejuta Harapan kali Ke-5 Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pada 13 Jun 2007, satu sidang akhbar telah diadakan di Menara Kuala Lumpur bagi mempromosikan majlis ini kepada masyarakat khasnya golongan korporat, swasta, dan individu.
Majlis makan malam ini bertujuan untuk mengutip dana bagi membina Pusat Didikan Kanak-Kanak Istimewa YBK yang akan dibangunkan di Bukit Tasik Serendah, Hulu Selangor. YBK juga terharu dengan kesanggupan YAB Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi besetuju menghadirkan diri sebagai tetamu kehormat pada malam tersebut. Turut hadrir dalam majlis ini ialah Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom, Pengerusi Majlis Makan Malam, Datin Hartini Osman, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK dan Haji Bing Selamat Amir. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan Majlis Makan Malam tersebut boleh hubungi YBK di talian 03-78750036.