7 Mac 2008, Universiti Multimedia Malaysia - pelajar-pelajar MMU bersama-sama Click A Child telah mengadakan satu ‘Charity Concert’ yang diberi nama Voices A Charity Event, One Night, One Place and One Reason. Tujuan konsert ini diadakan adalah untuk menyumbang kepada program Click A Child di Asrama Jambo Sakti di bawah pengurusan YBK. Seramai lebih 400 penonton hadir menyaksikan persembahan artis-artis sepert Hujan, OAG, Meet Uncle Hussein, Bittersweet dan ramai lagi.

Program 'Voices Of Charity Event' tersebut berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 11,000 hasil daripada jualan tiket. Ia mencatat sejarah dimana mendapat kutipan yang paling banyak dan juga acara yang paling ramai penonton di MMU Cyberjaya. Wakil YBK yang hadir ke majlis tersebut telah meneriam cek RM11,000 bagi pihak YBK sebagai sebahagian kos pembiayaan program anak-anak asrama kasih YBK Jambor Sakti di Gesir.

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;