29 Mac 2008, Kelana Jaya – Sukarelawan YBK akan melaksanakan Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita Kg Orang Asli Hulu Serendah. Program ini merupakan program saringan kesihatan reproduktif wanita tajaan Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara. Program ini menjurus kepada pemeriksaan kesihatan umum seperti takanan darah, paras gula dan kolestrol. Disamping itu program juga akan menyediakan pemeriksaan khusus iaitu kanser payu dara dan kanser pangkal rahim ke atas wanita orang asli yang terdiri daripada seramai 62 keluarga penduduk orang asli di Kg Orang  Asli Serendah.  
Dalam perbincangan ahli Sukarelawan YBK yang dipengerusikan ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Datin Hartini Osman, program yang dirancang akan diadakan pada 26 April 2008 tesebut akan diselitkan dengan program sukaneka dan gotong-royong yang melibatkan semua penduduk orang Asli tersebut. Ini bertujuan untuk memasdtikan semua penduduk uranbg asli terlibat.  Sukarelawan YBK akan mengadakan perbincangan dengan Tok Batin Kg Orang Asli tersebut pada 5 April 2008 ini

📞 HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

📞 TEL : +60 (3) 7875 0036
📠 FAKS : +60 (3) 7875 0719
📧 E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;