- Hit: 1156
16 Mei, YBK Kelana Jaya - 16 Mei, 2008 - Sesi percambahan fikiran bagi program penjenamaan semula YBK yang dijadualkan pada 27-28 Jun 2008 telah berlangsung dengan lancar di kalangan pemikir-pemikir jemputan bersama pihak pengurusan bagi melantik pengerusi-pengerusi persiapan dan program. Antara aktiviti yang dirancangkan pada majlis tersebut ialah karnival kemasyarakatan termasuk program motivasi patriot YBK, kenduri rakyat, sukan rakyat, pantomin nasionalisme dan sebagainya bagi memastikan penglibatan semua lapisan masyarakat.