17 Jun, Kelana Jaya – Seramai 12 pelajar Asrama Kasih telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Institut Kemahiran Mara (IKM) bagi sesi Julai 2008.

Antara pelajar yang akan meneruskan pengajian mereka ke peringkat ijazah ialah Mohd Zulhairy Safwan Ramli, jurusan Welding and Quality Inspection ( UniKL MFI), Siti Halijah Ramli, Aircraft Engineering Technology (UniKL MIAT), dan Nurdiana Zuraidin, Chemical Engineering Technology Environmental (UniKL Micet).Β  Manakala untuk peringkat diploma pula seramai tujuh pelajar akan meneruskan pengajian mereka dalam bidang masing-masing iaitu Mohd Shafeez Fadli Nahrowi dalam jurusan Marine Electrical & Electronic (UniKL MIMET), Saimin Yunus, Engineering Technology in Welding (UniKL MFI), Noradilah Nordin, Royal College Of Medicine Pharmacy (UniKL RCMP), Siti Maziah Bajuri, Medical Electronic (UniKL BMI), Nor Azmiza Ibrahim,Nurul Hawa Kamarudin, Nor Azwantie Mohd Janudin dalam jurusanΒ  Agro Technology MARA. Nur Akili Riana Mohd Nordin dan Siti Jumiyana Muaji pula melanjutkan pelajaran mereka di peringkat sijil di Institut Kemahiran MARA di Perak. Kesemua pelajar-pelajar ini akan ditaja sepenuhnya oleh MARA.

Β 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL :Β +60 (3) 7875 0036
E-MEL :Β ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;